BM | EN | 中文

Pelbagai pencapaian baik ketika PH tadbir Johor

dzulkefly-ahmad.jpg

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad

Advertisement

JOHOR BAHRU 4 MEI : Rekod Pakatan Harapan (PH) Johor sepanjang tempoh 22 bulan dilihat baik ketika memimpin negeri Johor dalam membawa suara rakyat.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata ini kerana ia dilakukan PH Johor berasaskan kekuatan dan semangat setiakawan.

Katanya, kejayaan setahun empat bulan PH Johor melaksanakan janji manifesto adalah suatu perkara yang membanggakan.

Advertisement

“Kita memerintah atas kehendak rakyat maka disitulah bermulanya kekuatan kita dalam membina kesatuan bagi mencapai matlamat manifesto.

“Perkara seperti tender terbuka, air percuma, penghapusan kuota menegak kerajaan (KMK), Kad Sihat Johor, insentif kurusus perkahwinan percuma dan bermacam lagi berjaya ditunaikan dalam 16 bulan.

“Selain itu, laporan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyatakan Johor adalah negeri tertinggi menerima ‘foreign direct investment (FDI)’ pada tahun 2018 sebanyak RM 24 billion dan yang tertinggi di Malaysia.

Advertisement

“Antara lain, negeri Johor dibawah pemerintahan PH berjaya meningkatkan rizab tunai negeri dari RM 3 billion (2018) bertambah RM 3.068 billion (2019).

“Ini menunjukkan bahawa ketelusan PH dalam memerintah negeri Johor berlangsung tanpa ada sebarang ketirisan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang merupakan mantan Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia berkata, kejayaan PH Johor di mata rakyat masih lagi menjadi sebutan.

Advertisement

Tambahnya, kekalutan dan ketidakstabilan politik hari ini membuatkan rakyat di Johor menjadi mangsa, pada masa yang sama pelbagai faedah tidak dapat dinikmati rakyat.

“Saya yakin pengundi dan rakyat di negeri ini melihat akan prestasi yang dilakukan oleh PH sewaktu memerintah selama 22 bulan.

“Apa yang belaku hari ini adalah kekeliruan dan kekalutan politik sehingga pelbagai sentimen dimainkan dan rakyat tidak dapat melihat pencapaian serta faedah yang diperolehi mereka semasa PH memerintah.

Advertisement

“Perkara ini berpunca dari tindakan pembangkang (Umno, BN dan Pas) waktu itu yang mengalihkan pandangan rakyat kepada perkara-perkara yang menunjukkan mereka mendominasi keadaan, (antaranya) seperti isu agama dan bangsa,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top