BM | EN | 中文

Pelbagai kesalahan, JPJ Johor sita 19 kenderaan warga asing di Muar

JPJ-sita-19-kenderaan-warga-asing-di-Muar-Ops-Pewa.jpg

Gambar Ehsan JPJ Johor

Advertisement

MUAR, 6 FEB: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor menyita 12 kenderaan warga asing dalam Operasi Khas Pemandu/Penungang Warga Asing (Ops Pewa) di sekitar daerah ini semalam.

Operasi dipimpin Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Johor, Mohamad Firdaus Mohamad Ibrahim, susulan maklumbalas dan maklumat orang awam keatas operasi sama yang telah dijayakan di daerah Johor Bahru pada 4 Februari lepas.

Pewa melibatkan 14 orang anggota dan pegawai dari Unit Aduan dan Siasatan JPJ Negeri Johor dan Unit Operasi JPJ Cawangan Muar, Johor.

Advertisement

Tambah beliau hasil operasi khas bersasar yang dijalankan sebanyak 98 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.

“Antaranya kesalahan tiada lesen memandu, guna persendirian sebagai kenderaan perdagangan, membenarkan warga asing memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen memandu yang sah serta beberapa kesalahan teknikal kenderaan.

“Sebanyak 19 buah kenderaan masing-masing motosikal 18 dan satu kereta telah disita dibawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Advertisement

“Salah sebuah motorsikal tersebut dikesan mempamer nombor pendaftaran kenderaan lain. Kesalahan dilakukan di bawah sek 108 APJ 1987 yang memperuntukan denda RM 5,000 hingga RM 20,000 atau penjara,” menurut kenyataan di laman Facebook JPJ Johor.

Menurutnya lagi warga asing yang dikesan semasa operasi tersebut daripada Myanmar, Bangladesh dan Indonesia.

“Bagi memastikan peraturan jalan raya dipatuhi, tindakan penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan kepada pengguna jalan raya yang lain serta memastikan peraturan jalan raya dipatuhi khususnya diseluruh Negeri Johor,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top