BM | EN | 中文

Pelbagai kaum dirai di Dun Parit Yaani

IMG-20200417-WA0002.jpg

Aminolhuda (dua dari kiri) sedang menyampaikan sumbangan kepada pemohon.

Advertisement

BATU PAHAT, 16 APRIL: Bantuan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang telah diagihkan kepada mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Dun Parit Yaani.

Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya akan terus memberi bantuan barangan keperluan kepada mereka yang memerlukan sebagai insiatif meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan tersebut.

Menurutnya, terdapat banyak di antara mereka yang hari ini putus punca pencarian kerana terdapat ramai di kalangan mereka yang merupakan pekerja yang mengambil gaji harian.

Advertisement

“Kita berusaha meringankan bebanan yang ditanggung oleh pihak yang terkesan semampu mungkin dan kebanyakkan di antara mereka bukan termaktub pada satu kaum sahaja.

“Barangan keperluan ini amat penting untuk mereka bagi meneruskan kesinambungan hidup dan maklumat yang diperolehi di pihak kami ada di antara mereka yang masih belum dapat sebarang bantuan dari mana-mana pihak.

“Pihak kami sudah mengenal pasti beberapa kawasan yang akan menjadi tumpuan untuk diberikan sumbangan serta jentera Dun Parit Yaani turut bersedia dalam menyalurkan bantuan kepada mereka,” katanya ketika ditemui.

Advertisement

Beliau yang merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor berkata, semua pihak harus merasai nikmat yang sama dan pasukan jentera beliau akan memastikan tidak ada keciciran yang berlaku bagi penduduk di Dun Parit Yaani.

Dalam masa yang sama, Mantan Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat, Kelvin Koe Yong Sen, 43, berkata senarai penerima ini adalah dari rekod sewaktu beliau menjadi Ahli Majlis pada Mac yang lalu.

Kelvin Koe Yong Sen

“Senarai ini dikenal pasti oleh pihak kami untuk kita agihkan bantuan kepada semua pihak yakni mereka yang memerlukan bantuan ini.

Advertisement

“Kita juga sedang berusaha untuk membawa nama mereka jabatan tertentu untuk terus diberikan perhatian mengenai nasib mereka ini.

“Dalam pada masa yang sama saya juga berterima kasih kepada Adun di sini yang sudi membantu golongan yang terkesan ini dan perkara ini sedikit sebanyak mampu menarik nafas lega kepada penerima-penerima,” katanya.

Sebanyak 40 orang penerima bantuan telah menyertai bantuan ini di Taman Maju, Batu Pahat, Johor dan ke semua mereka adalah penduduk setempat di kawasan itu.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top