BM | EN | 中文

Pelantikan jawatan TPM hanya tambah perbelanjaan

Noor-Khalim-Sakib.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 13 JUL: Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib berkata, pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) hanya menambah bebanan kepada rakyat.

Katanya, jawatan yang disandang itu dilihat hanya menggunakan wang rakyat untuk gaji dan elaun.

“Makin tambah jawatan makin tambah juga angka kes baharu Covid-19. Inilah kehebatan pemimpin negara kita.

Advertisement

“Apa yang kita mahukan adalah kestabilan dan tumpuan kerajaan menyelesaikan pandemik Covid-19 ini,” tegasnya.

Beliau berkata pelantikan dilihat mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perkara ini tak lain tak bukan hanya untuk mengukuhkan sokongan parti komponen kerajaan dalam mengekalkan kuasa Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Advertisement

“Ini bermatlamatkan politik.

“Sekiranya Ismail Sabri berjiwa negarawan beliau pasti menolak jawatan tersebut dan menumpukan kepada kerjanya sebagai Menteri Kanan Keselamatan sehingga pandemik selesai. Selepas itu barulah boleh memikirkan jawatan TPM.

“Sehingga kini kerajaan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengaitkan perlantikan tersebut adalah untuk menghapuskan Covid-19 di negara kita,” tegasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top