BM | EN | 中文

Pelantikan ahli majlis dan ketua kampung di Johor, PAS rasa disisih

PAS-Johor-rasa-tersisih-dalam-pelantikan-ahli-majlis-ketua-kampung.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 MEI: PAS Johor semalam secara terbuka menyatakan rasa tersisih mereka dalam isu pembahagian majlis kerajaan tempatan serta ketua kampung di negeri berkenaan.

Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata setakat ini pelantikan ke jawatan itu di Muar, Simpang Renggam dan Kota Tinggi tiada seorang pun wakil PAS dipilih.

Katanya hal itu bercanggah dengan persetujuan dicapai di antara PAS dan kerajaan negeri sebelum ini.

Advertisement

“Sebelum itu, PAS Johor tidak dipanggil untuk mengadakan perbincangan bagi pelantikan ketua kampung di seluruh negeri yang menyaksikan PAS hanya diberikan sebanyak 36 (jawatan) yang mewakili hanya 5 peratus daripada keseluruhan ketua kampung,” katanya dalam kenyataan semalam.

PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan ekoran kejatuhan Pakatan Harapan pada tahun lalu. Ia digantikan dengan kerajaan baru diketuai Umno.

Namun, Abdullah berkata apa yang berlaku sekarang menghantar isyarat yang salah kepada usaha memperkasa MN khususnya di Johor.

Advertisement

Katanya PAS Johor sentiasa terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan menteri besar dan exco yang berkaitan dengan kerajaan tempatan namun nampaknya ia tidak membuahkan hasil positif.

Selain itu kata Abdullah mereka juga menggunakan platform mesyuarat MN untuk membawa hasrat parti dan ia akhirnya “dipersetujui bersama” namun hasilnya sangat mendukacitakan.

“PAS Johor tetap berpegang kepada arahan presiden PAS supaya terus memperkasa MN dan mempertahan kerajaan PN namun sekiranya perkara ini tidak diperbaiki maka dibimbangi ia akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top