BM | EN | 中文

PELAN UTM DIGITAL LIFESTYLE, PERMUDAHKAN URUSAN WARGA UNIVERSITI

IMG-20191208-WA0004.jpg

JOHOR BAHRU, 8 DIS: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini sudah mencapai 70 peratus dalam perlaksanaan pelan Digital Lifestyle.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar berkata, pelan tersebut akan dan telah memperkenalkan pelbagai aspek pengurusan yang melibatkan ke arah penggunaan aplikasi di kalangan warga universiti.

“Sebagai contoh penggunaan UTMSMART dan beberapa aplikasi tanpa tunai dimana ini merupakan antara pelan jalanan UTM Digital Lifestyle,” katanya kepada wartawan pada satu sidang media di sini.

Terdahulu beliau merasmikan pelancaran Arked Meranti sebagai medan selera tanpa tunai di kampus UTM Skudai, hari ini.

Wahid berkata, pelan Digital Lifestyle universiti tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat di mana ia bertujuan untuk menyediakan yang terbaik untuk warga UTM.

“Kami di sini memang maju kehadapan terutamanya dengan perkenalan paperless (tanpa kertas), cashless (tanpa tunai) serta lain-lain perkhidmatan yang menggunakan aplikasi yang berkaitan.

“Selain daripada itu, servis perkhidmatan bas dalam kampus juga kini boleh diakses melalui aplikasi dimana pelajar boleh menyemak jadual pergerakan dan sebagainya melalui aplikasi tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi, penggunaan rangkaian teknologi 5G juga kini telah mula diguna di kampus UTM Kuala Lumpur bagi memudahkan warga universiti.

“Kita berkerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha untuk menyediakan pengunaan rangkaian teknologi itu untuk kemudahan proses pembelajaran pelajar-pelajar di UTM,” katanya lagi.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top