BM | EN | 中文

PELAN TINDAKAN PELANCONGAN PENGERANG 2030 PACU KE ARAH PERBANDARAN MAJU

sedili.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 5 DIS : Kerajaan negeri optimis Pelan Tindakan Pelancongan Pengerang 2030 yang dilancarkan mampu membangunkan kawasan tersebut ke arah sebuah perbandaran maju dengan infrastruktur yang efisien serta masyarakatnnya berdaya saing.

Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan terhadap sebarang usaha yang boleh meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Untuk itu, semua pembangunan yang dilaksanakan hendaklah memberikan manfaat dan berpaksikan rakyat, seterusnya memacu negeri Johor ke arah kemajuan yang pesat, mampan, inklusif dan holistik.

Advertisement

“Saya percaya, usaha-usaha seperti ini merupakan langkah proaktif bagi melahirkan masyarakat terbaik dan meletakkan negeri Johor ke arah mencapai matlamat sebagai sebuah negeri berprestasi tinggi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Pelancongan 2030 dan Perasmian Pantai Tanjung Buloh di Pantai Tanjung Buloh, Mukim Sedili Kechil, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelncongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani, Yang Dipertua PBT Pengerang, Hazlina Jalil, Adun Sedili, Rasman Ithnain, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail.

Advertisement

Dr Sahruddin berkata, sempena Tahun Melawat Johor 2020 pada tahun hadapan, Pengerang juga telah dijadikan sebagai salah satu daripada 20 destinasi pilihan yang bakal menerima pelancong dari dalam mahupun negara.

Katanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang harus terus menunjukkan komitmen yang tinggi dan menggiatkan lagi pelbagai inisiatif dalam usaha menjayakan setiap agenda yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

“Saya turut dimaklumkan bahawa langkah serta inisiatif Pelan Tindakan Pelancongan Pengerang 2030 ini telah mula dilaksanakan oleh PBT Pengerang, dengan mengetengahkan aset bernilai tinggi bercirikan persekitaran.

Advertisement

“Semua ini adalah demi menjayakan pembangunan yang berpotensi tinggi selain melahirkan sebuah masyarakat rendah karbon dan mewujudkan bandar pintar di kawasan Pengerang.

“Strategi-strategi yang digariskan di dalam pelan tindakan ini memberi sokongan penuh terhadap usaha kerajaan negeri dalam mencapai pembangunan yang berdaya saing,”katanya lagi.

Tambahnya, dengan pelancaran pelan tindakan tersebut akan dapat melihat suatu bukti nyata iaitu komitmen PBT Pengerang terhadap pembangunan negeri Johor, bukan sahaja dalam aspek fizikal dan ekonomi malah alam sekitar.

Advertisement

Jelasnya, selain daripada aspek pelancongan, PBT Pengerang juga giat menjalankan inisiatif rendah karbon dan elemen bandar pintar di Pengerang.

“Antaranya, pemasangan panel solar serta CCTV dan lampu isyarat pintar. Penerapan elemen seumpama ini jelas mencerminkan PBT Pengerang sentiasa komited dalam merancang pembangunan yang berimpak tinggi, mampan dan bermanfaat kepada masyarakat setempat,”katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top