BM | EN | 中文

PELAN TAMBAH BAIK INTERNET DI TANJUNG PIAI

Eddin-Syazlee-Shith.jpg

PONTIAN, 25 OKT: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengesyorkan syarikat-syarikat telekomunikasi menggandakan kelajuan internet dalam masa yang sama menurunkan kadar caj yang dikenakan.

Timbalan Menterinya Eddin Syazlee Shith, berkata pelan komprehensif dengan kerjasama sektor swasta adalah perlu agar rakyat mendapat manfaat dari perancangan kerajaan, termasuk di kawasan Tanjung Piai.

“Melalui Belanjawan 2020, satu peruntukan telah disediakan untuk memastikan semua kawasan di seluruh negara termasuk di kawasan Tanjung Piai, mendapat kemudahan internet yang baik.

“Peruntukan tersebut adalah melalui Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP),” katanya dalam ucapan perasmian program Sepakat @ Komuniti, Jabatan Penerangan Negeri Johor di Mukim Ayer Masin di sini, hari ini.

Eddie berkata kerajaan telah menyediakan pelan tersebut sebagai pemboleh ubah dalam persiapan menghadapi cabaran global dalam ekonomi digital

“Ekonomi digital merubah landskap ekonomi dunia dengan memberikan peluang baru kepada semua untuk menggunakan internet tanpa mengira lokasi, tahap sosioekonomi, kaum, umur dan jantina.

“Dengan adanya kesalinghubungan digital yang meluas, rakyat akan dapat merasai perubahan ke arah Kemakmuran Bersama dengan lebih menyeluruh,” katanya.

Tambahannya lagi, kerajaan juga mengalakkan penglibatan rakyat dalam membangunkan ekonomi digital di Malaysia sebagai persediaan untuk menghadapi era Revolusi Industri 4.0.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top