BM | EN | 中文

Pelan penyelesaian atasi banjir kilat telah dirangka – Datuk Bandar MBJB

mbjb-banjir.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 NOV: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah merangka beberapa pelan penyelesaian susulan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di sekitar bandar raya baru-baru ini.

Datuk Bandar MBJB Datuk Adib Azhari Daud berkata antara langkah yang akan diambil ialah memastikan MBJB sentiasa menyelenggara saliran perparitan di jalan negeri dan Persekutuan secara berkala.

Beliau berkata menerusi pendekatan jangka pendek itu, MBJB akan melakukan pembersihan kolam-kolam takungan dan mendalamkannya sebagai tebatan banjir di kawasan huluan.

Advertisement

Katanya untuk pendekatan jangka panjang, pihaknya akan membina lebih banyak empangan di kawasan huluan bagi menampung, memperlahan serta mengurangkan bebanan kuantiti air di kawasan hiliran yang menyebabkan banjir.

“Selain itu MBJB juga akan membina pintu air di kawasan hiliran yang berpotensi untuk mengurangkan kekerapan banjir di samping menyediakan pam air untuk menstabilkan jumlah air yang banyak di parit-parit milik MBJB,” katanya ketika berucap pada mesyuarat penuh MBJB di sini, semalam.

“Saya juga merayu kepada semua pihak agar tidak membuang sampah merata-rata yang boleh menyebabkan parit dan longkang tersumbat hingga menggagalkan sistem saliran serta membebankan kawasan tebatan banjir,” tambahnya.

Advertisement

Pada 19 dan 21 November lalu, beberapa kawasan di bandar raya dilanda banjir kilat susulan hujan yang berterusan.

Adib berkata bagi kes banjir kilat di di Jalan Permatang 9, Kempas, ia berpunca daripada limpahan air dari kawasan projek Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bersebelahan dengan jalan berkenaan.

Menurutnya bagi kejadian banjir di Kampung Pasir dan Serdang Baru pula, ia disebabkan isu pam air yang tidak berfungsi sewaktu hujan lebat dan terdapatnya halangan air di parit utama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top