BM | EN | 中文

Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 dilancar April ini

IMG-20200203-WA0008.jpg

Dr Sahruddin ketika menyampaikan ucapan semasa Majlis Amanat Menteri Besar Johor 2020 di Pusat Konvensyen Persada Johor (Gambar ehsan Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 FEB: Seluruh rakyat di negeri Johor diseru untuk menjayakan Pelan Pembangunan Mampan Johor (PPMJ) 2030 yang mengandungi pelbagai inisiatif dan strategi berkaitan bagi membangunkan ekonomi negeri yang bakal dilancarkan April ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, semua pihak dialu-alukan untuk memberikan sokongan, lebih-lebih lagi negeri ini berstatus maju, berprestasi tinggi, berdaya saing serta memiliki potensi dari segenap aspek.

“Saya tidak boleh lakukan sendirian. Ia memerlukan suntikan semangat dan sokongan kuat darpada anggota perkhidmatan awam serta rakyat negeri Johor.

Advertisement

“Kenapa perlu dilibatkan semua ini? Kerana Johor adalah milik kita semua. Ia bukan hak eksklusif satu-satu pihak sahaja. Ia miik bersama,” katanya semasa Majlis Amanat Menteri Besar Johor 2020 di Pusat Konvensyen Persada Johor, disini, semalam.

Beliau yang juga ADUN Bukit Kepong berkata, pelan yang dirangka itu mampu memanfaatkan rakyat, selaras strategi dan inisiatif yang digariskan kerajaan Pusat menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2020.

“PPMJ 2030 ini menampilkan tiga objektif utama iaitu mampan ekonomi, mampan fizikal dan mampan sosial yang disokong dengan lapan teras utama.

Advertisement

“Kerajaan negeri juga akan melaksanakan beberapa inisiatif utama agar agenda pembangunan ini dapat memberikan hasil yang dirasai oleh rakyat.

“Namun, setiap perancangan kerajaan negeri tidak akan bermakna, sekiranya rakyat tidak bersedia untuk menyambut dan merebut peluang yang ada,” katanya.

Secara keseluruhan katanya, PPMJ 2030 memberikan fokus antaranya kepada peningkatan rantaian ekonomi, produktiviti, merangka inisiatif bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

Advertisement

Selain itu antara tumpuan lain adalah bagi membentuk modal insan kelas pertama, reformasi dalam perkhidmatan awam dan pembangunan lestari demi kesejahteraan rakyat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top