BM | EN | 中文

PELAN INDUK PELABURAN NEGERI JOHOR 2020-2030: RANGKA HALA TUJU PELABURAN

IMG-20191127-WA0021.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 NOV : Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor 2020-2030 akan digubal bagi merangka hala tuju sektor pelaburan di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, dengan adanya pelan ini, ia akan dapat meningkatkan daya saing serta nilai produktiviti pelaburan di Johor.

“Selain itu, Belanjawan Johor 2020 juga menyaksikan pelbagai insentif dan inisiatif bakal dilaksanakan dengan sasaran peningkatan pelaburan pada masa akan datang.

Advertisement

“Ini termasuklah membangunkan hab Blockchain di Medini, memperkenalkan Geran Modal Permulaan e-Commerce, mempercepatkan tempoh proses memperolehi kelulusan bagi perolehan hartanah oleh kepentingan asing untuk pelaburan berimpak tinggi.

“Selain itu, membangunkan Kulai Iskandar Data Exchange sebagai hab data dan Cloud bertaraf dunia serta penstrukturan ekosistem perindustrian,” katanya semasa merasmikan Majlis Penjenamaan Pusat Pelaburan Johor kepada Invest Johor, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Sahruddin berkata, negeri Johor kekal menjadi pilihan utama pelabur dari segi penempatan projek pelaburan selain terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara penyumbang dan penjana utama ekonomi negara.

Advertisement

“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) memaklumkan bahawa bagi tahun 2018, Negeri Johor telah berjaya menarik sejumlah RM30.5 billion pelaburan dari dalam dan luar negara berbanding RM21.9 bilion pada tahun 2017.

“Pencapaian ini merupakan peningkatan sebanyak RM8.6 bilion berbanding tahun sebelumnya, dan ia merupakan pencapaian tertinggi di dalam sejarah negara.

“Jumlah pelaburan ini adalah berdasarkan 144 projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Johor bagi tahun 2018 berbanding sebanyak 146 projek perkilangan yang diluluskan pada tahun 2017,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top