JOHOR BAHRU, 4 SEPT: Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) menawarkan Pelan Bantuan Pendidikan bagi pelajar India golongan B40 yang telah mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr S Ramakrishnan dalam kiriman di laman Facebook semalam berkata, pelan itu merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat India, terutamanya golongan belia dan B40.
“Pelan bantuan geran khas secara ‘one off’ itu merupakan sokongan kewangan kepada pelajar yang ditawarkan tempat di IPTA untuk tahun akademik 2019/2020.
“Antara syarat pemohon termasuklah pelajar yang ditawarkan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dan aktif dalam aktiviti kurikulum tambahan, sukan atau servis komuniti.
“Ia disediakan di bawah bidang kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy,” kata Dr Ramakrishnan.
Tarikh pendaftaran dibuka hingga 6 Sept, pemohon yang ingin memohon boleh isi maklumat permohonan di e-borang Pelan Bantuan MITRA dengan melayari https://forms.gle/mmmQYdDmShQoaVDD6
Calon yang disenerai pendek akan diberitahu mulai 7 Sept hingga 14 Sept,
Pemohonan yang berjaya akan diumumkan bermula 15 hingga 28 September dan pengagihan dana akan dilakukan pada hujung bulan October.
Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web MITRA di pautan https://mitra.gov.my/ms/2019/09/03/pelan-bantuan-pendidikan-mitra/
Johorkini