BM | EN | 中文

Pelaksanaan PKP bersasar perlu diiringi bantuan kewangan

Syahredzan-Johan.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar perlu diiringi dengan bantuan kewangan, kata setiausaha politik kepada ahli parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan.

Kata Syahredzan, sekiranya terdapat penutupan sektor ekonomi ekoran PKP bersasar kerajaan perlu memastikan ia diiringi dengan bantuan kewangan yang lebih besar dan lebih meluas kepada setiap lapisan masyarakat.

“Jika tidak, ia akan membawa kesan yang buruk ke atas situasi kewangan rakyat dan rakyat akan terus menderita,” kata Syahredzan dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau menambah, kerajaan juga perlu memaklumkan kepada rakyat pelan jangka pendek dan jangka panjang untuk negara menghadapi krisis Covid-19 yang semakin meruncing.

“Malangnya, setakat ini perancangan kerajaan masih tidak kelihatan dan parti-parti dalam kerajaan seperti lebih berminat untuk mengadakan mesyuarat politik daripada menenangkan kegusaran rakyat dan menjadikan langkah membendung Covid-19 sebagai prioriti,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan mencadangkan supaya adanya ‘pemutus litar’ (circuit breaker) seperti PKP yang bersasar di beberapa tempat bagi membendung wabak Covid-19.

Advertisement

Dr Noor Hisham Abdullah juga berkata sistem kesihatan negara kini sedang berada pada tahap genting (breaking point).

Dalam pada itu kata Syahredzan, sesuatu yang drastik mesti dilakukan untuk memutuskan rantai jangkitan Covid-19 dalam masyarakat.

“Sekiranya cadangan KKM untuk PKP bersasar ini dilaksanakan, kerajaan harus juga mempertimbangkan juga impak kepada ekonomi dan rakyat di tempat-tempat yang mana PKP bersasar ini dilaksana, sekiranya ia melibatkan penutupan sektor ekonomi.

Advertisement

“Harus diingatkan bahawa PKP dan PKPB yang dilaksanakan sebelum ini telah mengakibatkan kehilangan pekerjaan, pengurangan pendapatan dan impak negatif kepada orang ramai.

“Bantuan yang diberikan sebelum ini juga tidak cukup besar dan tidak cukup meluas, sehinggakan rakyat terpaksa bergantung harap pada simpanan KWSP mereka,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top