BM | EN | 中文

Pelaksanaan Laluan Hijau dan Aturan Perjalanan Berkala akan rancakkan ekonomi Johor

tambak-johor-bh-sg.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JUL: Pembukaan sempadan Malaysia-Singapura berikutan pelaksanaan Laluan Hijau Dua Hala (RGL) dan Aturan Perjalanan Berkala (PCA) sebagai permulaan bagi merancakkan kembali sektor ekonomi Johor yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Persetujuan kedua-dua negara untuk melaksanakan insiatif itu merupakan keputusan yang amat ditunggu kerana Singapura adalah rakan strategik penting Malaysia, terutama negeri ini melibatkan pelbagai bidang antaranya ekonomi dan sosial.

Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, menerusi RGL dan PCA akan melegakan banyak pihak terutama bagi meneruskan urusan perniagaan dan kerja-kerja yang terjejas setelah Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas dan pelaksanaan Pemutus Litar di Singapura.

Advertisement

“Johor sudah bersedia terhadap pematuhan semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan akan membantu memudahkan semua urusan supaya pembukaan sempadan ini dapat memberi manfaat kepada warga kedua-dua negara.

“Ia adalah usaha penting Malaysia dan Singapura dalam memastikan penularan COVID-19 dapat dibendung, demi kesihatan dan keselamatan rakyat,” katanya, lapor Bernama.

Hasni dalam satu kenyataan semalam turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatannya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.

Advertisement

Ia berikutan persetujuan bagi melaksanakan RGL dan PCA yang akan berkuat kuasa pada 10 Ogos depan.

Kerajaan negeri menyambut baik keputusan itu bagi memenuhi keperluan pekerja yang berulang-alik antara kedua-dua negara dan pada masa yang sama menasihati rakyat Malaysia agar sentiasa mematuhi SOP dan peraturan-peraturan ditetapkan pihak berwajib.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top