BM | EN | 中文

Pelaksanaan Akta 466 boleh bawa impak negatif

pekerja_expat.com_.png

Gambar HIasan. Ehsan expat.com

Advertisement

KLUANG, 10 APR: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) Pindaan 2019, kurang sesuai jika dilaksanakan dengan ketat pada tempoh pandemik Covid-19.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, ini kerana pihak majikan masih terkesan akibat ekonomi yang masih belum pulih daripada impak negatif pandemik.

“Pelaksanaan akta harus mengikut tahap kebolehlaksanaan, bukan secara keras dan ketat,” katanya,

Advertisement

Tambah beliau, Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang dipinda telah mula berkuatkuasa 1 Jun 2020.

Susulan itu tiga bulan tempoh kelonggaran telah diberikan kepada pihak majikan sehingga September 2020, dan telah dikuatkuasa secara ketat oleh kerajaan di seluruh negara kini.

Katanya, di sesetengah bandar peringkat kedua di negara kita, tidak tersedia asrama dengan ukuran luas dalam pasaran perumahan.

Advertisement

“Oleh itu adalah sukar bagi pihak majikan menyediakan asrama baharu yang dapat mencapai standard minimum Akta 466.

“Hakikatnya, kebanyakan asrama pekerja adalah diubahsuai daripada rumah kedai yang uzur.

“Sekiranya majikan mengosongkan rumah kedai yang sedia ada dan pindah ke asrama pekerja baru akan menyebabkan rumah kedai tersebut terbiar, dan menimbulkan isu pasaran perumahan pula.

Advertisement

”Memadangkan terdapat banyak masalah yang serius dalam kebolehlaksanaan Akta 466, dan juga memberi impak negatif yang besar terhadap pemulihan ekonomi, perhatian perlu diberikan oleh kerajaan.

“Ia harus diperbetulkan dengan penyediaan garis panduan pelaksanaan nasional yang selaras oleh Kementerian Sumber Manusia.

“Isu asrama pekerja asing harus ditangani dengan toleransi, terutamanya di bandar peringkat kedua yang tidak tersedia dengan asrama yang dapat memenuhi syarat supaya tidak membebankan pihak majikan yang berhadapan impak ekonomi akibat wabak COVID-19,” ujarnya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top