KULAI, 9 FEB: “Pelajar tidak perlu jadi wartawan tidak berbayar sebarkan berita palsu,” demikian kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.
Tegasnya lagi, tindakan tersebut boleh mencetuskan kerisauan dan mengancam keselamatan negara.
“Saya berharap agar warga pendidik dapat mengingatkan murid agar tidak berkongsi berita tidak sahih”,
“Murid-murid, ibu bapa dan masyarakat perlu dididik untuk menjadi lebih bertanggungjawab di media sosial dan kesedaran bahayanya berita palsu,” katanya.
Terdahulu, beliau merasmikan Program Ziarah Cakna 2020 Peringkat kebangsaan, di sini hari ini.
Dalam pada itu, mengulas tentang program tersebut, beliau turut turut mengesyorkan agar program berkenaan dijadikan sebagai medium kepada guru untuk mendidik murid dan ibu bapa berkenaan tentang etika di media sosial.
Johorkini