BM | EN | 中文

PELAJAR TERUJA BERPELUANG KE SEALIFE, LEGOLAND MALAYSIA

IMG-20191120-WA0006.jpg
Advertisement

 

ISKANDAR PUTERI, 20 NOV: Sebanyak 10,000 tiket percuma Legoland Malaysia diberikan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dari 100 sekolah di daerah ini, dalam usaha untuk memberi manfaat pengalaman pendidikan interaktif kepada mereka yang terlibat.

Program yang memfokuskan tentang pendidikan alam sekitar itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Legoland Malaysia.

Advertisement

Seorang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Bunga, Muar, Mohd Nazhan Mohd Nazri, 16, merasa teruja kerana ini merupakan kali pertama baginya untuk berkunjung ke taman tema tersebut.

“Memang impian saya untuk pergi ke Legoland terutamanya di Sealife di sini, tetapi sebelum ini tak kesampaian kerana ibu bapa saya tidak mampu untuk membeli tiket oleh kerana kami bukanlah keluarga yang senang.

“Hari ini selain dapat berseronok bersama rakan-rakan sekelas, saya juga telah mempelajari pelbagai ilmu berkaitan hidupan laut dan cara-cara untuk menjaga alam sekitar,” katanya kepada JohorKini.

Advertisement

Seorang lagi pelajar Aisyah Zulkarnain, 16, sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak Legoland Malaysia kerana sudi memberikan tiket percuma kepada mereka yang terlibat.

“Semua rakan sekelas saya sangat gembira untuk datang ke sini.

“Saya dapat pelajari banyak perkara pada rombongan saya ke sini terutamanya berkenaan hidupan laut selain cara penjagaan alam sekitar,” katanya lagi.

Advertisement

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, usaha ini mengambarkan Legoland bersama-sama membantu masyarakat khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah.

“Saya mewakili kerajaan negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Legoland Malaysia kerana sudi menceriakan hari murid-murid ini,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top