BM | EN | 中文

Pelajar sekolah agama di Johor cemerlang SPM 2020 meskipun bergelut sakit Apendiks

pelajar-sekolah-agama-johor-spm-2020.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 JUN: Bergelut dengan kesakitan akibat pembedahan radang apendiks di saat-saat akhir sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tidak mematahkan semangat seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar yang meraih 11 A dalam peperiksan itu.

Lebih manis, kejayaan diperoleh Fatima Az Azhra Noor Mohammad, 18, turut didorong pengorbanan ayahnya Noor Mohammad Borhan, 57, yang sanggup berulang-alik ke sekolah setiap hari selama dua bulan semata-mata untuk mengambil bahan pembelajaran daripada guru.

Fatima berkata dia didiagnos dengan penyakit radang apendiks pada 14 Julai tahun lepas dan menjalani pembedahan keesokan harinya di Hospital Sultanah Fatimah, Muar sebelum dibenarkan pulang sehari selepas itu.

Advertisement

“Sepanjang tempoh dua bulan pasca pembedahan, saya tidak mampu bergerak banyak kerana masih terasa sakit dan waktu itulah ayah ke sekolah setiap hari untuk mengambil latihan daripada guru untuk saya belajar sendiri di rumah.

“Saya bersyukur kerana rakan-rakan sering membantu, begitu juga guru yang mudah dihubungi untuk mendapatkan penerangan.

“Apabila saya kembali ke sekolah, mereka juga tidak jemu memberikan tunjuk ajar bagi memastikan saya tidak ketinggalan dalam pembelajaran yang lepas,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Bercita-cita menjadi seorang guru, Fatima berkata beliau juga mengamal bacaan surah lazim seperti AI-Waqiah dan Surah Ar-Rahman untuk membantu pembelajarannya.

Bagi Nadia Abdullah, 18, yang turut mencatat keputusan 11A dalam peperiksaan SPM 2020, resepi kejayaannya termasuk bangun seawal 3 pagi untuk mengulang kaji pelajaran dan menunaikan solat sunat setiap had.

Pelajar Sekolah Menengah Agama Bugisiah itu percaya mendekatkan diri dengan amalan agama akan Iebih memudahkan beliau belajar dan menghafal subjek yang diambilnya dalam peperiksaan SPM.

Advertisement

“Bagi saya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Walaupun sukar untuk saya bangun awal pagi setiap hari tetapi saya tetap berusaha untuk bangun demi kebaikan diri sendiri,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top