BM | EN | 中文

“Pelajar perlu komputer riba hari ini, bukan September” – Pemuda AMANAH Johor

Serudin-Soud.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 6 JUN: Para pelajar memerlukan komputer riba yang dijanjikan kerajaan hari ini, bukan pada bulan September seperti diumumkan.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Serudin Soud berkata, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan bermula tidak lama lagi dan kerajaan perlu bertindak mengikut keperluan rakyat.

“Kita maklum sebelum 12 Jun nanti akan ada agihan sebanyak 40,000 lebih keperluan asas untuk PdPR ini akan diagihkan dan selebihnya akan diagihkan mengikut peringkat sehingga September.

Advertisement

“Saya ingin tegaskan di sini agar kerajaan menyegerakan pemberian komputer riba tersebut dalam masa terdekat ini kerana ia menjadi keperluan yang mendesak ketika ini.

“Kita tidak mahu seperti apa yang berlaku sebelum ini di mana ada murid yang terpaksa meminjam komputer riba, ada yang tercicir dalam pelajaran akibat dari kekurangan akses tersebut,” tegasnya.

Dalam pada itu juga, beliau turut mendesak agar kerajaan membentangkan berapakah jumlah yang ada dalam Tabung Cerdik Bantuan Laptop B40 tersebut.

Advertisement

Tambahnya, terdapat sejumlah besar golongan B40 hari ini yang makin tercicir sesi pembelajaran.

“Kita mahu tahu berapa banyak jumlah yang diperolehi oleh kerajaan dalam Tabung Cerdik yang dilancarkan oleh mereka.

“Selain itu kita juga mendesak agar kerajaan mengambil berat masalah yang berlaku oleh pelajar khususnya golongan B40 yang tercicir.

Advertisement

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga perlu menekankan perkara ini agar murid yang tercicir ini dibantu dengan kaedah mendorong murid tersebut untuk mampu bersaing semula apabila sesi persekolahan fizikal dilaksanakan nanti,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top