BM | EN | 中文

Pelajar perempuan cedera parah jatuh bangunan sekolah di Kulai

pdrm-polis.jpg
Advertisement

KULAI, 18 NOV: Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun nyaris maut selepas dipercayai terjun tingkat empat bangunan di sebuah sekolah, di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima panggilan dari seorang guru lelaki memaklumkan insiden itu, jam 1.26 petang, Selasa lalu.

Katanya, susulan itu, pegawai penyiasat bersama sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Kejadian berlaku selepas pelajar Tingkatan Lima itu selesai ujian peperiksaan yang kemudiannya dia pergi ke koridor bangunan sekolah tingkat empat sebelum bertindak terjun dari bangunan itu.

“Ketinggian bangunan dianggarkan kira-kira 40 meter.

“Pihak sekolah yang menghubungi ambulans dan pelajar berkenaan dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, bagi mendapatkan rawatan lanjut dan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru,” katanya, lapor BH Online.

Advertisement

Beng Yeow berkata, pelajar perempuan itu mengalami pendarahan di bahagian kepala dan muka.

“Kedua-dua tangannya turut patah, selain mengalami kecederaan dalaman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top