BM | EN | 中文

Pelajar Orang Asli di Johor antara cemerlang STPM 2020

Pelajar-Orang-Asli-Johor-peroleh-PNGK-4.jpg

Gambar Ehsan HMetro

Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 JUL: Pelajar Orang Asli dari SMK Dato’ Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, Intan Nurhidayah Lim antara yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00, dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, selain itu, dua lagi pelajar Orang Asli yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM 2020 dengan PNGK 4.00 adalah Nur Maisarah Abdul Malik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong di Raub, Pahang dan Diana Bah Said (SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands, Pahang).

Selain tiga pelajar berkenaan, 30 lagi daripada kesemua 73 calon Orang Asli mencatat PNGK 2.8 ke atas, termasuk 11 mendapat PNGK 3.5 ke atas; 15 antara 3.0 dan 3.49, manakala empat antara 2.80 dan 2.99, katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Abdul Rahman dilaporkan Bernama berkata, pihak kementerian berbangga dengan kejayaan ini memandangkan peperiksaan STPM 2020 dijalankan dalam suasana norma baharu susulan pandemik COVID-19.

“Penularan pandemik ini telah menjejaskan persiapan pelajar untuk menghadapi peperiksaan STPM tahun 2020. Namun, kita tetap berbangga dengan pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan oleh mereka,” katanya.

Katanya, kejayaan ini adalah hasil kerja semua pihak dan justeru itu pihak kementerian berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah menjalin kerjasama erat dalam menentukan hala tuju pendidikan masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top