BM | EN | 中文

PELAJAR LUAR BANDAR PERLU KUASAI MATEMATIK, BAHASA INGGERIS

maszlee-malik-fail.jpg
Advertisement

Gambar Fail

KLUANG, 25 OGOS: Suasana pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif seharusnya mendorong para pelajar mempersiapkan diri dengan kemahiran bagi memenuhi keperluan industri.

Justeru itu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, penguasaan Matematik dan Bahasa Inggeris semenjak dari peringkat sekolah adalah penting, terutamanya kepada para pelajar yang berada di luar bandar.

Advertisement

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan sentiasa mengadakan perbincangan secara berkala dengan barisan Exco Pendidikan, termasuk di negeri pembangkang bagi mencari formula penyelesaian bagi mengatasi masalah penguasaan kedua-dua matapelajaran tersebut.

“Atas nama pendidikan dan atas hasrat agar masa hadapan anak-anak kita terjamin, semua Exco Negeri akan menggembleng usaha untuk menganjurkan pelbagai program terutama sekali kelas tambahan di negeri masing-masing, bagi memastikan kelemahan ini diatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Transformasi Minda Anak Muda Gugusan Belitong dan Tindak Susul Isu Pendidikan di Parlimen di SMK LKTP Belitong, Felda Ulu Belitong, dekat sini hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu kata Maszlee konsep pendidikan sebagai peranan bersama perlu dilihat secara holistik, iaitu proses pembelajaran tidak semata-mata terletak di bahu para guru, malah tanggungjawab itu perlu dipikul bersama ibu bapa di rumah.

“Frasa ini menekankan maksud bahawa pendidikan ini adalah perahan tenaga secara bersama. Semua orang harus melihat pendidikan ialah sebuah amanah.

“Kita ada guru yang mengajar anak kita di sekolah, dan pensyarah yang mengajar anak kita di universiti, tetapi kedua-dua mereka tiada di rumah. Hanya kita, sebagai ibu dan bapa yang perlu meneruskan agenda pendidikan di rumah.

Advertisement

“Cara fikir sebegini harus benar-benar difahami. Saling menyalahkan antara satu sama lain, tidak memberikan sebarang untung terhadap pendidikan anak-anak kita.

“Tetapi mencari formula untuk bersatu atas nama pendidikan, saya percaya, ia merupakan suatu langkah yang paling utama dan perlu disegerakan,” kata Maszlee.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top