BM | EN | 中文

Pelajar di 41 buah IPT seluruh Selangor terima Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan

Bantuan-Prihatin-Mahasiswa-Darul-Ehsan.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 12 OKT: Sebanyak 41 insititusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negeri menerima Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan oleh kerajaan negeri Selangor.

Ketua Sekretariat Team Selangor Syahaizel Keman berkata bantuan tersebut adalah berupa pek makanan dan barangan kesihatan seperti pelitup muka serta cecair pembasmi kuman.

“Sebanyak 11 IPT menerima bantuan makanan dan barangan kesihatan sementara 30 lagi menerima barangan kesihatan sahaja yang diedar bermula 5 hingga 9 Oktober,” katanya, lapor Media Selangor.

Advertisement

Beliau berkata bantuan meliputi tiga kategori iaitu pelajar Selangor yang belajar di sini, pelajar dari negeri lain yang belajar di Selangor dan pelajar Selangor yang belajar di negeri lain.

“Semoga inisiatif ini meringankan beban mahasiswa yang terkesan ketika ini,” katanya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

Syahaizel memaklumkan sumbangan turut melibatkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.

Advertisement

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 4 Oktober lalu mengumumkan untuk menyalurkan bantuan kepada penuntut IPT yang terkesan akibat penangguhan pendaftaran secara bersemuka.

Pada 27 September, Kementerian Pendidikan Tinggi mencadangkan semua IPT menangguhkan pendaftaran ke kampus yang dijadual bermula bulan ini susulan peningkatan kes Covid-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top