BM | EN | 中文

Pelajar cemerlang Batu Pahat berterima kasih bantuan Adun Parit Yaani

Aminolhuda-ketika-menyampaikan-sumbangan-kepada-Habil.jpg

Aminolhuda ketika menyampaikan sumbangan kepada Habil

Advertisement

BATU PAHAT, 24 OGOS: Seorang pelajar cemerlang di Batu Pahat merakamkan jutaan terima kasih kepada Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan yang banyak membantunya dari pelbagai aspek untuk mencapai keputusan cemerlang dalam pendidikan.

Mohd Habil Selamat, 19, berkata, pendidikan adalah keutamaan Aminolhuda bagi meningkatkan taraf kehidupan keluarga yang kurang berkemampuan sepertinya di kawasan Dun tersebut.

Habil Selamat

Mohd Habil berkata, Aminolhuda banyak membantunya untuk berjaya, kerana hanya melalui pendidikan mampu mengubah nasibnya sekeluarga.

Advertisement

“Saya berterima kasih kepada beliau kerana banyak membantu saya dan keluarga sejak menjadi Adun di sini (2013). Bantuannya secara berkala banyak meringankan beban kami.

“Beliau juga banyak membantu orang yang kurang berkemampuan seperti saya sekaligus suatu usaha yang murni.

“Saya berharap beliau dimurahkan rezeki dan dapat meneruskan lagi usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk terus cemerlang dalam bidang pendidikan dan bidang-bidang yang lain,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu Aminolhuda berkata, fokus beliau adalah kepada bidang pendidikan kerana ia merupakan suatu suaha bagi membentuk masa depan terutamanya golongan muda.

“Habil pernah diiktiraf sebagai pelajar terbaik seluruh negeri Johor. Beliau dimasukkan dalam program sumbangan anak yatim yang digerakkan oleh Pusat Khidmat Dun Parit Yaani sebagai penerima sumbangan.

Habil dan Aminolhuda dalam sebuah pertemuan

“Hasil sumbangan ini secara berkala setiap bulan dapat meringankan sedikit bebanan mereka yang memerlukan.

Advertisement

“Beliau boleh dijadikan ikon anak muda kerana keupayaan itu jelas dizahirkan. Kita memberi fokus kepada pendidikan untuk mencapai ke tahap yang cemerlang,” katanya lagi.

Aminolhuda berkata, Habil merupakan anak kepada ibu tunggal mendapat keputusan cemerlang dan sedang menunggu panggilan dari IPTA untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kimia.

“Pihak kami juga akan berusaha mendapatkan biasiswa kepada adik Habil.

Advertisement

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyumbang baik pertubuhan, individu mahupun badan berkumpulan yang sering memberikan sumbangan untuk kami menjalankan aktiviti sebegini di Dun Parit Yaani,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top