BM | EN | 中文

PELADANG TANJUNG PIAI GEMBIRA SUARA DIDENGAR

IMG-20191015-WA0003.jpg

PONTIAN, 15 OKT: Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Piai melahirkan rasa gembira susulan peningkatan peruntukan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2020 kepada sektor pertanian.

Hussin Abdul Ghani

Ketua Unit PPK Tenggayun Hussin Abdul Ghani berkata, beliau berharap melalui peruntukan itu, pembangunan prasarana pertanian dan bantuan dalam pelbagai bentuk disalurkan kepada golongan sasar.

“Selain itu kami mengharapkan agar pihak kerajaan membantu peladang dan petani untuk mencari pasaran tanaman,” kata Hussin yang merupakan seorang penanam cili.

“Seperti saya, buat sementara ini pasaran cili kita mencukupi. Tetapi apabila kerajaan membantu memperluaskan tanaman, pastinya pasaran baru perlu diteroka.

“Ini menjadi cabaran baru bagi kami,” kata Hussin menjelaskan melalui bantuan, modal pusingan yang dimiliki dapat disalurkan bagi kegunaan lain.

Dalam pembentangan Belanjawan 2020 Jumaat lalu, kerajaan meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari RM4.4 bilion pada 2019 kepada RM4.9 billion.

Kerajaan memperuntukan RM150 juta sebagai galakan program integrasi tanaman seperti cili, nanas, kelapa, tembikai dan buluh kepada nelayan dan pekebun kecil mempelbagaikan sumber pendapatan.

Manakala RM43 juta diperuntuk ke arah pembangunan Industri Pertanian 4.0 bagi membangunkan baka yang berkualiti dan berproduktiviti tinggi.

Sementara itu seorang petani muda yang ditemui berkata, reformasi pentadbiran oleh Pengerusi LPP, Datuk Mazlan Aliman menimbulkan minat terutamanya kepada anak muda.

Norshaam Abdul Pateh

Norshaam Abdul Pateh, 33 berkata kepada Johorkini, golongan muda perlu mengambil peluang dan berusaha menceburi bidang ini yang dijangka boleh menjana pendapatan lumayan.

“Kerajaan hari ini dilihat menumpukan kepada pengusaha tanaman. Ini amat baik,” ujarnya ketika ditemui pada program Mesra Peladang Johor di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Pontian, kelmarin.

“Bila kita melihat ada penambahan peruntukan kepada sektor pertanian, kita harus maklum bahawa kerajaan serius dalam membangunkan sektor ini,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top