BM | EN | 中文

Pelaburan perkilangan dari Singapura di Johor hampir RM20 bilion sejak 1999

tambak-johor-air-terawat-dari-singapura.jpg

Gambar Fail

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JUN: Negeri Johor telah menerima pelaburan dalam sektor perkilangan dari Singapura sebanyak RM19.423 bilion semenjak tahun 1999.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, bagi tahun 2015, Johor menerima pelaburan dari Singapura sebanyak RM716.75 juta, manakala pada tahun 2016 sebanyak RM509.50 juta.

Jumlah pelaburan itu meningkat menjadi RM717.60 juta pada tahun 2017 dan terus bertambah pada 2018, iaitu sebanyak RM864.69 juta.

Advertisement

Manakala pada tahun 2019, nilai pelaburan dari Singapura melonjak sebanyak 51.47 peratus, iaitu RM1.68 bilion.

“Antara faktor yang menarik pelaburan dari Singapura adalah lokasi republik tersebut yang berhampiran negeri Johor serta keadaan geo-politik dan persekitaran perniagaan (business environment) yang hampir sama antara Malaysia dan Singapura.

“Trend pelaburan dari Singapura telah menunjukkan signifikasi yang positif dan merupakan antara negara penyumbang pelaburan terbanyak di negeri Johor,” kata beliau dalam satu kenyataan pada 9 Jun.

Advertisement

Katanya kerajaan Johor menyambut baik pengumuman Perdana Menteri menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 10 Jun.

Ia bagi membenarkan lebih banyak sektor dibuka semula secara berperingkat-peringkat.

“Kebenaran rentas negeri juga pastinya amat melegakan rakyat setelah hampir tiga bulan tidak dapat menjalankan aktiviti seperti biasa sepanjang tempoh PKP.

Advertisement

“Saya juga ingin menasihati semua rakyat Johor supaya sentiasa mematuhi semua garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha kita membendung penularan wabak COVID-19,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top