BM | EN | 中文

Pelaburan di Johor menurun RM5.74 bilion

johor.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI: Jumlah pelaburan di Johor menurun sebanyak RM5.74 bilion antara Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Mohd Izhar Ahmad, berkata penutupan sempadan antarabangsa memberi kesan langsung yang buruk terhadap pelaburan negeri ini.

“Wabak COVID-19 memberi kesan langsung yang amat buruk. Jumlah pelaburan yang diperoleh pada tahun ini menurun sebanyak RM5.74 bilion jika dibandingkan tempoh sama tahun lalu,” katanya, lapor BH Online.

Advertisement

Mohd Izhar menjawab soalan Ee Chin Li (DAP-Tangkak) yang bertanyakan nilai pelaburan yang masuk ke Johor sejak Januari sehingga sekarang pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-14, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Izhar berkata, Johor berjaya menerima pelaburan dalam sektor pengilangan berjumlah sebanyak RM 5.71 bilion, dari Januari sehingga bulan September lalu.

Katanya, daripada jumlah pelaburan berkenaan, nilai pelaburan asing yang berjaya dibawa masuk adalah sebanyak RM3.39 bilion.

Advertisement

“Pelaburan domestik pula adalah sebanyak RM 2.32 bilion dalam tempoh yang sama.

“Bagi sektor perkhidmatan pula, jumlah pelaburan adalah sebanyak RM401.98 juta, membabitkan perkhidmatan hotel dan pelancongan serta sokongan perkhidmatan yang lain.

“Butiran mengenai pecahan sektor dan nilai pelaburan tertinggi yang berjaya dibawa masuk ke Johor dari Januari sehingga September lalu ialah peralatan pengangkutan (RM1.168 bilion),mesin dan kelengkapan (RM716.23 juta), elektrik dan elektronik (RM661.17 juta), tekstil dan produk tekstil (RM631.61 juta) dan produk mineral bukan metalik (RM392.37 juta),” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top