BM | EN | 中文

“Pelabur tak yakin kerajaan pimpinan Muhyiddin”

Dr-Mohd-Zuhan-Mohd-Zain.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU 30 MAC: Pelabur dijangka tidak yakin dengan pentadbiran dan situasi dihadapi kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas perkara itu, Pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata krisis keyakinan terhadap kerajaan Muhyiddin semakin parah.

Katanya penutupan operasi syarikat International Business Machines Corporation (IBM) di Cyberjaya pada 31 Mei ini sebagai tanda krisis itu semakin kronik dan tenat.

Advertisement

“IBM akan tutup operasi di Cyberjaya pada 31 Mei 2021. IBM telah berdekad lamanya menjalankan operasi di Malaysia namun akhirnya tidak yakin dengan kepimpinan yang ada sekarang sehingga bertindak sedemikian.

“Perkara itu dijangka akan menyebabkan pelbagai kemungkinan.

“Antara yang paling besar adalah ramai rakyat iaitu pekerja IBM akan kehilangan perkerjaan.

Advertisement

“Sebelum ini dua syarikat gergasi iaitu Hyundai dan Panasonic juga tidak yakin dengan mengambil keputusan meninggalkan negara ini.

“Hyundai telah memindahkan perniagaan bernilai RM6.27 billion ke Indonesia,” katanya.

Beliau turut mengulas laporan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) bahawa pelaburan asing (FDI) ke Malaysia telah jatuh sebanyak 56 peratus pada tahun 2020.

Advertisement

Tambahnya, ini memberi kesan yang teruk kepada ekonomi dalam negara ini untuk berkembang kukuh di bawah pentadbiran Muhyiddin.

“United Nation Conference on Trade and Development (UNCTAD) melaporkan kadar penurunan Pelaburan Asing ke Malaysia adalah sebanyak 68 peratus, tercorot di rantau Asia.

“Jika dikaitkan dengan krisis ekonomi dunia, mengapa Filipina meningkat sebanyak 29 peratus pada tahun yang sama?

Advertisement

“Manakala Indonesia pula berjaya menarik gergasi automotif Toyota membuka usaha sama kereta elektrik bernilai RM 8 billion dan dalam masa yang sama sedang menarik minat Elon Musk untuk membuka kilang Tesla di negara mereka.

“Ini gambaran apabila kepimpinan yang lemah dipamerkan oleh PN yang dikepalai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah penyebab utama FDI gagal mendapat sambutan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top