BM | EN | 中文

Pelabur asing jual RM237.09 juta saham tempatan minggu lepas

bursa-Malaysia.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Pelabur asing kekal sebagai penjual bersih di Bursa Malaysia bagi minggu yang berakhir pada 16 Oktober dengan menjual sejumlah RM237.09 juta ekuiti tempatan berbanding RM28.38 juta pada minggu sebelumnya.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research (MIDF Research) menerusi nota penyelidikannya hari ini berkata angka terkini menunjukkan pelabur asing mencatat jualan bersih ekuiti sebanyak RM809.38 juta dan mencecah RM22.59 bilion setakat tahun ini.

Pada Isnin lepas, pelabur asing telah membeli ekuiti tempatan bersih berjumlah RM38.97 juta dengan pelabur runcit dan institusi bertindak sebagai penjual dan pembeli bersih masing-masing pada RM67.94 juta dan RM29.38 juta.

Advertisement

“Namun, aliran dana yang masuk kian susut saban hari pada minggu lepas dengan aktiviti jualan bersih berlaku sejak Rabu.

“Jumlah aliran keluar terbesar dicatatkan pada Jumaat iaitu RM151.45 juta manakala aliran keluar dana paling rendah sebanyak RM47.56 juta pada Khamis,” katanya.

Terdahulu, MIDF Research dipetik melalui laporan Bernama menyatakan, selepas tiga minggu berperanan sebagai penjual bersih ekuiti, pelabur runcit sebaliknya menjadi pembeli bersih pada minggu lepas.

Advertisement

Ia membabitkan ekuiti bernilai RM133.15 juta manakala pelabur institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keempat berturut-turut dengan jumlah bersih RM103.96 juta.

Sehubungan itu, entiti penyelidikan berkenaan menyifatkannya sebagai kemungkinan isyarat kembalinya minat belian semula oleh pelabur runcit.

Menurutnya, dari segi perbandingan dengan tiga pasaran lain di Asia Tenggara pada minggu lepas, Indonesia mencatat aliran keluar dana asing bersih paling rendah manakala Thailand muncul pasaran dengan jumlah aliran keluar dana tertinggi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top