BM | EN | 中文

Pelabuhan Tanjung Pelepas beroperasi seperti biasa, hanya Jabatan Laut ditutup empat hari

pelabuhan-tanjung-pelepas.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 JAN: Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) secara keseluruhannya akan beroperasi seperti biasa namun dengan pematuhan lebih ketat terhadap semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

PTP dalam kenyataan satu kenyataan semalam bagi menjelaskan laporan berita sebelum ini, bahawa hanya pejabat Jabatan Laut di Wisma B ditutup selama empat hari berkuat kuasa 22 Januari

Pada Khamis lalu, Jabatan Laut telah mengeluarkan kenyataan berhubung penutupan dari 22 hingga 26 Jan itu.

Advertisement

“PTP akan terus beroperasi dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga selain bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan serta pihak berkuasa tempatan lain yang berkaitan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dalam usaha menjaga kesejahteraan kakitangan, pelanggan dan pemegang taruh kami,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu Jabatan itu dilaporka Bernama mengesahkan terdapat kes positif keempat COVID-19 di Jabatan Laut Wilayah Selatan membabitkan kakitangan yang bertugas di Pejabat Laut PTP, iaitu kontak rapat seorang kakitangan Sistem Trafik Perkapalan (VTS) Tanjung Piai yang telah diuji positif.

Kenyataan itu menyebut operasi pejabat Jabatan Laut di PTP akan diambil alih oleh Pejabat Laut Puteri Harbour atau mana-mana pejabat laut yang berhampiran buat sementara waktu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top