BM | EN | 中文

PEKERJA PEMBERSIHAN MAUT DIHEMPAP JENGKAUT 

jentera-tumbang.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 4 DIS : Seorang pekerja pembersihan maut selepas dihempap jentera jengkaut yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di padang ragut di Jalan Tengah, Kampung Tenang, Labis, semalam.

Pegawai Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Labis, Sharfini Nasar dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 5.27 petang.

Katanya, mangsa, Masor Rahman, 42, disahkan maut di tempat kejadian.

Advertisement

“Mangsa maut akibat dihempap jengkaut tersebut selepas disahkan pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bomba mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan beg pengangkat menggunakan udara,” katanya.

Tambah beliau, seramai tujuh anggota terbabit dalam operasi yang dijalankan.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top