BM | EN | 中文

Pekerja Nepal maut terjatuh ketika petik rambutan di Pontian

takziah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 SEPT: Gara-gara ingin memetik buah rambutan, seorang pekerja kilang pembuatan maut selepas terjatuh dari bumbung gudang kilangnya di Jalan Johor dekat Pontian, Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor Husdin Che Amat berkata lelaki warganegara Nepal berusia 41 tahun itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada 10.15 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu ditugaskan ke gudang kilang tersebut bersama rakan sekerjanya untuk mengambil sampel produk namun dia memaklumkan mahu memetik rambutan berhampiran gudang sebelum menaiki bumbung menggunakan tangga aluminium mudah alih seorang diri.

Advertisement

“Kepingan bumbung lut sinar yang terkopak dan pecah (kesan jatuh) masih berada di bumbung pada ketinggian 30 kaki (9.14 meter) dari Iantai mangsa dilaporkan terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Husdin berkata pihaknya telah mengarahkan majikan pekerja itu untuk menjalankan siasatan dalaman serta melantik pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja selain mengemukakan surat tunjuk sebab atas kegagalan melaporkan kemalangan dalam tempoh 24 jam.

Katanya lokasi kejadian turut disita pihaknya sehingga siasatan Iengkap dijalankan dan tindakan perundangan hanya akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top