BM | EN | 中文

Pekerja maut tersepit mesin ‘conveyor’ kilang kelapa sawit dekat Pekan Nanas

kemalangan-kematian.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 JUN: Seorang pekerja kontraktor maut tersepit pada mesin conveyor di sebuah kilang kelapa sawit di Pekan Nanas, Pontian dekat sini, Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor Mohd Rosdee Yaacob berkata kejadian yang menimpa lelaki berusia 34 tahun itu berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja penukaran liner pada bahagian hujung mesin berkenaan kira-kira 9.30 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati sebahagian badan mangsa berada di dalam ruang antara scrapper dan pulley semasa menjalankan kerja pemasangan liner tersebut.

Advertisement

“Mangsa ditemui dalam keadaan terkepit di dalam conveyor dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Susulan daripada itu, Mohd Rosdee berkata pihaknya telah mengarahkan aktiviti penyelenggaraan di tempat kerja tersebut dihentikan serta-merta sehingga siasatan Iengkap dijalankan.

Beliau berkata, pihak majikan telah diarahkan untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi aktiviti kerja yang dijalankan di tempat berkenaan temiasuk prosedur kerja selamat dan penaksiran risiko.

Advertisement

Katanya, JKKP akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mustafa Bakri Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Pontian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top