BM | EN | 中文

Pekerja maut terhempap molding konkrit

terhempap-konkrit.jpg

Seorang maut manakala seorang lagi pekerja cedera selepas terhempap molding konkrit dalam kejadian berlaku di Batu 23 1/2, Mukim Jerang Batu, pagi tadi.

Advertisement

PONTIAN, 23 JAN : Seorang maut manakala seorang lagi pekerja cedera selepas terhempap molding konkrit dalam kejadian berlaku di Batu 23 1/2, Mukim Jerang Batu, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pekan Nenas, Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan insiden kemalangan di tempat kerja itu pada jam 11.49 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dengan sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya pasukan tindakan operasi ditempat kejadian didapati benar terdapat dua mangsa pekerja warga asing terhempap oleh molding konkrit.

“Mangsa pertama yang cedera telah dikeluarkan oleh pihak pekerja di sana. Mangsa kedua dikeluarkan dengan menggunakan bantuan kren.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pontian manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top