BM | EN | 中文

Pekerja Malaysia di Singapura terjun apartmen akibat kemurungan

Flat-Singapura.jpg

Rumah pangsapuri di Singapura (Gambar Hiasan)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OKT: Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terjun dari tingkat lapan sebuah apartmen di republik tersebut kelmarin.

Lelaki berusia 30-an itu dipercayai mengalami kemurungan disebabkan masalah kerja di samping merindui anak dan isterinya selepas terkandas di Singapura sejak Mac lalu.

Menurut seorang pekerja Malaysia di Singapura yang enggan dikenali, mangsa bekerja di sebuah syarikat kurier di republik itu menghadapi
tekanan hidup bukan sahaja terpaksa tinggal berjauhan daripada keluarga, malah bebanan kerja bertambah susulan wabak COVID-19.

Advertisement

“Lelaki itu sudah beberapa kali mengadu kepada isterinya yang dia tertekan di tempat kerja. Namun, dia tidak pula menunjukkan sebarang
perubahan sikap setiap kali membuat panggilan secara video dengan isterinya.

“Ini kerana dia dilihat sentiasa ceria, selain selalu mengungkapkan kata rindu dan tidak sabar bertemu isteri dan anaknya.

“Dia juga ada memaklumkan sedang membuat persiapan pulang ke Johor Bahru dalam masa 10 hari lagi menerusi inisiatif Peraturan Ulang Alik
Berkala (PCA), namun berita dia terjun dari apartment dua hari lalu sangat mengejutkan,” katanya, lapor Johor Times.

Advertisement

Mangsa meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan berusia empat tahun.

Dia berada di republik tersebut sejak hampir lapan bulan lalu dan kisahnya terjun dari apartmen tempat tinggalnya tular dalam Facebook rakyat Malaysia bekerja di Singapura sejak semalam.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Petugas Khas Pekerja Malaysia di Singapura, S. Dayalan berharap kerajaan Pusat dan negeri membuat
siasatan menyeluruh susulan kejadian tersebut kerana kes seumpama itu semakin meningkat selepas sempadan kedua-dua negara ditutup.

Advertisement

Menurut beliau, tiga kes bunuh diri berlaku sejak wabak COVID-19 menular dan perkara itu wajar disiasat.

“Mengapa mereka bunuh diri. Adakah kerana tekanan hidup akibat bebanan kerja, dibuang kerja atau rindu kerana berjauhan daripada keluarga,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top