BM | EN | 中文

Pekerja Malaysia bukan ancaman kebolehpasaran warga Singapura

Dr-Ramakrishnan.jpg

Dr Ramakrishnan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JAN: Pekerja Malaysia bukannya ancaman kepada kebolehpasaran kerja warga Singapura, kata Exco Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr S Ramakrishnan.

Menurutnya, Singapura memiliki sistem nisbah untuk memastikan hanya sebahagian kecil pekerja asing bekerja di satu-satu syarikat di negara itu.

“Tiada syarikat di Singapura yang dibenarkan untuk mengupah pekerja asing lebih daripada kuota yang diberikan.

Advertisement

“Kecuali apabila terdapat peningkatan kadar pengangguran di Singapura, majikan harus terus menawarkan kerja yang akan membantu perniagaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas perbincangan sesetengah pihak di republik itu berhubung kemaskini polisi tenaga kerja di Singapura yang menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia untuk mencari pendapatan di sana.

Terdahulu pada 2 Januari lepas, laman web The Independent melaporkan Menteri Tenaga Manusia Singapura, Josephine Teo sebagai berkata, kerajaan negara itu merancang untuk mengemaskini Rangka Kerja Pertimbangan Adil untuk lebih melindungi warga Singapura dari diskriminasi pekerjaan.

Advertisement

“Jangkakan langkah pencegahan yang lebih keras bagi tindakan diskriminasi terhadap warga Singapura semasa mengambil pekerja, tetapi jangkakan juga lebih banyak sokongan bagi majikan yang komited memberi warga negara ini peluang yang adil,” ujarnya.

Teo berkata, rakan-rakannya di kementerian ‘aktif mengamalkan keadilan di tempat kerja’ dan berusaha memastikan keadilan bagi pencari kerja, pekerja yang lebih tua, pekerja berpendapatan rendah, orang bekerja sendiri dan pada majikan.

Lanjutan itu kata Dr Ramakrishnan, beliau percaya rakyat Singapura masih menjadi pilihan utama untuk diambil bekerja dan masih banyak kekosongan jawatan yang boleh diisi.

Advertisement

Namun katanya, rakyat Malaysia merupakan antara penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Singapura, malah sesetengah bijak pandai Malaysia yang tidak diambil bekerja di sini, bekerja di Singapura.

“Selain itu, pekerja kolar biru dari Malaysia adalah tenaga kerja yang sangat diperlukan di Singapura.

“Kekurangan tenaga kerja dan orang awam di sana yang tidak mengambil pekerjaan tersebut juga antara sebab mengapa warga asing, terutamanya rakyat Malaysia diberikan pekerjaan tersebut.

Advertisement

“Untuk mengatakan bahawa mereka ini mengganggu periuk nasi rakyat Singapura adalah tidak adil,” kata Adun Bekok itu.

Justeru itu, beliau berkata, Malaysia dan Singapura yang secara budaya dan geografinya mempunyai ikatan unik tidak perlu menjadikan isu tersebut sebagai pertikaian.

“Janganlah jadikan perkara ini menjadi isu yang boleh menimbulkan ketidakharmonian di antara kedua-dua negara bersaudara ini,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top