BM | EN | 中文

PEKERJA LADANG MAUT DISERANG, DIPIJAK GAJAH

Cyril.jpg
Advertisement

MERSING, 29 OKT : Seorang lelaki maut selepas mengalami cedera parah kerana dipercayai diserang dan dipijak gajah dalam kejadian di Lenggor, Jemaluang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, kira-kira jam 9.30 malam pihak polis dari Balai Polis Jemaluang menerima makluman awal dari orang awam yang menjumpai lelaki tersebut kira-kira jam 8 malam di tepi jalan ladang berkenaan.

“Seorang lelaki tidak diketahui bangsa dalam keadaan cedera parah telah dijumpai ditepi jalan ladang di Lenggor, Jemaluang akibat di serang dan dipijak gajah.

Advertisement

“Mangsa dihantar ke Hospital Mersing oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia semasa sampai di Hospital Mersing dan mayat kini berada di hospital berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa dipercayai pekerja ladang berhampiran tempat kejadian dan merupakan warga negara asing.

Katanya, lelaki berkulit gelap, badan sederhana tinggi kira-kira 165 hingga 170 sentimeter itu dianggarkan berumur 35 hingga 45 tahun.

Advertisement

“Ketika ditemui mangsa berpakaian T-shirt berkolar warna hijau muda. Butiran lengkap mangsa belum diperolehi, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui identiti mangsa dan punca kematian.

“Pihak polis memohon maklumat sesiapa yang mempunyai maklumat tentang mangsa untuk tampil membantu siasatan,” katanya lagi.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top