BM | EN | 中文

Pekerja ladang di Kulai maut digilis traktor

takziah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 MEI: Seorang pekerja ladang maut digilis traktor dalam kejadiaan di sebuah ladang kelapa sawit, berdekatan Jalan Sawah, dekat Kulai, dua hari lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Johor Ir Mohd Rosdee Yaacob berkata kejadian berlaku pada 4.15 petang ketika lelaki warga Indonesia berusia 50 tahun itu sedang menyambung secara manual sebuah treler membawa muatan buah tandan segar sawit dengan traktor dipandunya.

Beliau berkata lokasi penyambungan itu mempunyai kecerunan empat darjah dan kejadian turut menyebabkan traktor tersebut bergerak sejauh 40 meter tanpa pemandu.

Advertisement

“Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap dan mempunyai kesan gilisan tayar treler di belakang badannya.

“Mangsa ditemukan oleh mandurnya yang memeriksa tempat kejadian setelah mendapati dia tidak pulang semula ke ram pengumpulan buah tandan segar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdee berkata pekerja ladang terbabit disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan mayatnya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Beliau berkata susulan siasatan awal yang dijalankan, pihaknya mengeluarkan satu notis larangan pemberhentian operasi kerja menyambung traktor dan treler buah tandan segar di tempat kejadian.

“JKKP memandang serius setiap kemalangan yang berlaku terutamanya melibatkan pekerja mahupun orang awam. Tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top