BM | EN | 中文

Pekerja kontrak berpendapatan rendah di sekolah, hospital wajar diserap, digajikan terus – Chin Tong

Pekerja-kontrak-berpendapatan-rendah-di-sekolah-dan-hospital-kerajaan-Chin-Tong.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 JAN: Masanya telah tiba untuk para pekerja kontrak di sekolah dan hospital kerajaan yang terkesan diserap terus ke dalam sistem perkhidmatan awam, kata Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong.

Chin Tong berkata, adalah wajar budaya kontraktor yang menagih faedah ini dihapuskan ketika para pekerja berpendapatan rendah kekal sebagai pekerja kontrak.

“Bertahun lamanya, pekerja kontrak seperti pengawal keselamatan dan pekerja kebersihan telah dinafikan manfaat pekerjaan minimum seperti yang digariskan undang-undang buruh.

Advertisement

“Kaedah jalan keluar melalui pengambilan semula dan syarat-syarat pengambilan yang tidak jelas disalahguna untuk menafikan hak pekerja.

“Mereka juga berdepan masalah-masalah lain seperti gaji yang tidak berganjak dan manfaat pekerjaan yang semakin berkurang, akibat diambil bekerja melalui kontrak luar.

“Keadaan yang tidak adil ini mengesankan demikian ramai rakyat marhaen,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Advertisement

Tambah beliau dianggarkan kira-kira 150,000 pekerja kontrak barisan hadapan di 10,800 buah sekolah kerajaan dan 148 hospital kerajaan

“Dengan keadaan kelangsungan hidup begitu ramai rakyat Malaysia dipertaruhkan akibat Covid-19 dan pelaksanaan PKP kali kedua, kita mempunyai tanggungjawab moral untuk melakukan segala yang terdaya demi memastikan tiada warganegara yang tercicir.

“Demi maslahat rakan-rakan, kita perlu bertindak segera,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top