BM | EN | 中文

PEKERJA KILANG MAUT, MOTOSIKAL TERBABAS

Accident-motosikal.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OKT : Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 22 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi menghala ke Kota Tinggi, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa, C Chandran meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Ismail Dollah berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan pulang dari tenpat kerja ke rumahnya di Kota Tinggi.

Advertisement

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa disyaki telah gagal dikawal lalu terbabas ke bahu berumput di kiri jalan.

“Mangsa kemudiannya termasuk ke dalam longkang berair dalam keadaan mengiring yang mana sebahagian badan sebelah kiri dan kepala berada didalam air,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ismail berkata, siasatan juga mendapati sistem jalan merupakan dua lorong dua hala.

Advertisement

“Kejadian berlaku pada pagi hari dan diterangi lampu jalan serta permukaan jalan kering dan cuaca baik,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau memohon kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut dapat tampil  membantu siasatan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati semasa memandu atau menunggang kenderaan terutamanya ketika waktu puncak pergi dan balik kerja,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top