BM | EN | 中文

Pekerja kilang di Senai lari ke belakang premis, panjat pagar takut diberkas

Pekerja-kilang-di-Senai-lari-ke-belakang-premis-panjat-pagar-takut-diberkas.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Kulai

Advertisement

KULAI, 16 JUN: Sekumpulan pekerja sebuah kilang memproses alat ganti basikal bertempiaran lari ke belakang premis itu dan memanjat pagar sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa yang menjalankan operasi mengejut di Taman Perindustrian Senai, di sini, tengah hari tadi.

Bagaimanapun seorang daripada mereka mengalami sesak nafas dan menyebabkan cubaannya untuk melarikan diri bersama kumpulan itu gagal, lalu dibawa berkumpul bersama-sama pekerja lain di dataran kilang itu oleh pihak berkuasa.

Tindakan itu disaksikan sekumpulan pengamal media yang membuat liputan operasi bersepadu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kilang berkenaan, yang melibatkan 40 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor, Kementerian Kesihatan dan Majlis Perbandaran Kulai bermula pukul 11.45 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Advertisement

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor ACP Abdul Aziz All berkata susulan operasi, kilang itu diarah tutup tujuh hari bermula hari ini dan dikompaun RM20,000 kerana membenarkan kehadiran pekerja melebihi 60 peratus semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

‘Kita dapati jumlah pekerja hari ini ramai dengan kehadiran 257 orang berbanding 162 orang yang dibenarkan mengikut SOP,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu.

Beliau berkata enam pekerja kilang masing-masing turut dikompaun RM1,500 seorang kerana gaga! mendaftar aplikasi MySejahtera.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top