BM | EN | 中文

Pekebun sambut baik usaha kerajaan laksana MSPO

IMG-20200201-WA0001.jpg

Sani Ahmad

Advertisement

KOTA TINGGI, 1 FEB: Pekebun kecil tanaman sawit menyambut baik usaha kerajaan yang mahu pekebun berdaftar di bawah pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Mohd Amin Sidin, 50, berkata, pensijilan ini baik kerana permintaan pasaran yang mahukan pensijilan ini didaftarkan agar diterima pakai semua pihak.

Mohd Amin Sidin

Katanya, tindakan kerajaan bertepatan bagi membantu pekebun serta membela nasib mereka agar sawit yang dikeluarkan mampu mencapai piawaian ditetapkan.

Advertisement

“Bila penjualan minyak sawit meluas, pastinya harga sawit akan melonjak dan ini akan menguntungkan pekebun atau petani seperti saya.

“Kami juga mengharapkan kerajaan mampu membantu pekebun dengan cadang untuk mengusaha tanaman sampingan lain seperti kontan kepada pekebun.

“Namun apa yang berlaku, pekebun kecil seperti saya tidak mampu untuk mengadakan tanaman kontan tersebut kerana tanah yang terhad tetapi sekiranya kerajaan menyediakan tapak untuk tanaman itu, ia amatlah baik,” katanya ketika ditemui.

Advertisement

Sementara itu, Sani Ahmad, 65, pula berkata, penerangan yang dibuat kerajaan perlu diperluas agar pekebun tidak memberikan tanggapan negatif terhadap usaha baik itu.

Katanya, tindakan kerajaan yang membuka ruang dan peluang kepada pekebun untuk berdaftar secara percuma (pensijilan MSPO) perlu disambut baik oleh semua pekebun.

“Saya juga setuju dengan cadangan menteri (Menteri Industri Utama, Teresa Kok) yang mencadangkan agar penanaman kontan sedemikian tetapi perlu dilihat semula idea berkenaan.

Advertisement

“Idea berkenaan boleh diusahakan sekiranya pokok sawit itu masih kecil namun bila ia sudah besar pastinya idea tersebut tidak mampu dijalankan,” katanya.

Sani bagaimanapun memuji pelaksanaan pensijilan MSPO kerana piawaian itu membolehkan produk sawit tempatan meneroka pasaran baharu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top