BM | EN | 中文

Pekebun rugi RM150,000 terpedaya iklan pajak kebun durian

kebun-durian.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

MELAKA, 12 MAC: Hasrat seorang pekebun untuk memajak kawasan kebun durian seluas 2.6 hektar (6.5 ekar) di Ayer Molek di sini tidak kesampaian setelah mengalami kerugian RM150,000 setelah terpedaya dengan satu tawaran iklan di laman sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Superintendan E Sundra Rajan dalam satu kenyataan di sini Khamis lalu memaklumkan pada Oktober 2020, mangsa yang bekerja sendiri sebagai pekebun di Jementah, Segamat Johor berminat untuk memajak tanah kebun durian yang ditawarkan di Tiang Dua Mukim Ayer Molek di sini.

“Mangsa telah ke Melaka dan berjumpa dengan suspek sebelum dibawa melihat kawasan tanah berkenaan. Setelah berbincang, mangsa bersetuju untuk memajak selama lima tahun dengan nilai pajakan sebanyak RM150,000,” katanya.

Advertisement

Mangsa bersama-sama suspek juga telah pergi ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Panjang di sini untuk menandatangani surat perjanjian dan membuat pembayaran RM150,000 secara tunai kepada suspek.

Bagaimanapun pada Selasa lepas (9 Mac), abang mangsa yang menetap di Melaka memaklumkan bahawa tanah kebun yang dipajak oleh mangsa adalah milik orang lain dan bukan kepunyaan suspek.

“Menyedari telah diperdaya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Hilir semalam (Rabu) dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu,” katanya.

Advertisement

Katanya, beliau meminta agar orang ramai lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran pajakan tanah yang diiklankan melalui media sosial dan membuat semakan terhadap nombor yang mencurigakan di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakanmule atau memuat turun aplikasi check scammers CCID.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top