BM | EN | 中文

Pekawanis Selangor sumbang alatan pembelajaran kepada anak petugas hadapan

Pekawanis-Selangor.png

Yang Dipertua Pekawanis, Datin Seri Masdiana Muhamad (tengah) memakaikan pelitup muka kepada anak-anak petugas barisan hadapan ketika melawat Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Frontliners, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Wisma Sunway, Shah Alam pada 17 November 2020 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 17 NOV: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) menyerahkan barangan pembelajaran kepada dua taska tambahan diwujudkan Kerajaan Negeri.

Yang Dipertuanya, Datin Seri Masdiana Muhamad berkata sumbangan peralatan iaitu pensil warna dan kertas lukisan itu membolehkan anak petugas barisan hadapan ditempatkan di situ mengisi masa dengan aktiviti berfaedah.

“Barangan lain diberikan adalah pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

Advertisement

“Melalui lawatan hari ini, Pekawanis turut melihat barangan lain diperlukan memandangkan taska ini didirikan dalam masa singkat selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan.

“Tujuh lagi taska akan dilawat dalam masa terdekat,” kata Datin Seri Masdiana Muhamad, lapor SelangorKini

Terdahulu, isteri Menteri Besar itu melakukan lawatan ke taska tambahan di Hospital Shah Alam serta di bangunan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Advertisement

Oktober lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pengaktifan semula sembilan taska tambahan sebagai tempat penjagaan anak petugas barisan hadapan sepanjang PKPB.

Lokasi meliputi Hospital Sungai Buloh, Hospital Banting, Hospital Selayang, Hospital Kajang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top