BM | EN | 中文

Pejuang sedia kerjasama dengan parti lain lepas PRN Johor

pejuang-mukhriz-mahathir.jpg

Gambar Ehsan FB Mukhriz Mahathir FC

BATU PAHAT, 26 FEB: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sedia bekerjasama dengan parti lain selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata dalam membentuk kerajaan di Malaysia, langkah itu perlu demi perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama serta budaya dan parti tersebut ‘hanya mempunyai satu bangsa iaitu Melayu.’

“Pejuang bertanding di 42 kerusi, mahu tak mahu sesebuah kerajaan yang ditubuh mestilah ada campuran wakil semua kaum dan itu tak datang daripada kami, jadi kita kena cari satu kesepakatan dengan pihak lain,” katanya kepada pemberita selepas Program Presiden Pejuang bersama calon di Rengit hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Pejuang belum menetapkan parti yang bakal dipilih untuk bekerjasama.

Ditanya mengenai keyakinan Pejuang yang pertama kali bertanding dan menampilkan calon muka baharu, Mukhriz berkata PRN Johor merupakan platform untuk memperkenal parti itu kepada pengundi.

“Apa yang penting, kita nak kenalkan parti dan calon kepada pengundi. Pengundi muda perlu didedahkan kepada proses kematangan dalam politik, kalau tak dedahkan, sampai bila mereka nak berpengalaman,” katanya.

Bernama

Share this post

scroll to top