BM | EN | 中文

‘Pejuang harga minyak’ terus membisu

Abdul-Hamid-Jamah-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 1 MAC : ‘Pejuang harga minyak’ terus membisu selepas 16 kali berturut-turut kenaikan harga minyak berlaku, kata Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Abdul Hamid Jamah.

Hamid yang memetik pengumumkan itu meminta pejuang harga minyak yang sebelum ini sibuk agar bersuara semula.

“Saya pelik apabila pejuang harga minyak yang sebelum ini berbunyi sehingga mahu membuat demonstrasi jalanan dengan menolak motorsikal hari ini diam seribu bahasa.

Advertisement

“Apa terjadi kepada mereka? Adakah disebabkan umpan jawatan yang diterima membuatkan mereka terus membisu?

“Akhirnya rakyat sedar kepalsuan mereka yang hanya mahukan populariti, bukan ikhlas dalam memperjuangkan perkara itu untuk rakyat,” ujarnya.

Sindiran beliau itu dipercayai merujuk kepada pemimpin dari parti PAS yang kini memegang portfolio penting dalam kerajaan.

Advertisement

Semalam harga petrol RON 95 naik RM0.05 dengan harga pasaran terkini mencecah RM 2.05 seliter bagi 27 Februari 2021 hingga 5 Mac 2021.

Sebelum ini tular di laman media sosial poster yang diulang kongsi warganet memaparkan demonstrasi membantah kenaikan harga minyak oleh parti PAS.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamid berkata trend kenaikan harga minyak ini akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang mentah di negara ini.

Advertisement

“Sebelum ini parti Amanah ada menyentuh soal kenaikan harga barangan dan ini adalah kenyataan yang diulang semula untuk mendesak kerajaan membuat pemantauan.

“Kita boleh lihat sendiri kenaikan harga barang hari ini membimbangkan pembeli dan peniaga apatah lagi dalam kesempitan ekonomi,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top