BM | EN | 中文

Pejabat Perikanan Negeri Johor mahu pertingkat penternakan udang 

zamani-omar.jpg

Zamani Omar (tengah) ditemani Pengarah Syarikat Greater Asia Seafood Sdn Bhd menunjukkan produk udang keluaran syarikat itu.

Advertisement

PASIR GUDANG, 22 JAN: Pejabat Perikanan Negeri Johor komited untuk memajukan industri akuakultur di negeri ini, termasuklah sektor penternakan udang.

Pengarahnya, Zamani Omar berkata, matlamat akhir pihaknya adalah untuk memastikan pengusaha tempatan mampu memenuhi permintaan pasaran dalam negara.

“Jabatan Perikanan Negeri telah menerima peruntukan daripada kerajaan pusat dan negeri dalam usaha memajukan industri akuakultur di negeri ini.

Advertisement

“Antara yang diberi fokus termasuklah penternakan udang, dimana kami mahu memastikan bekalan tempatan mencukupi, dan sekiranya boleh tidak perlu diimport masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media yang diadakan selepas mengadakan lawatan di kilang Greater Asia Seafood Sdn Bhd, di sini hari ini.

Jumlah pengeluaran udang harimau di negeri ini pada tahun 2018 adalah sebanyak 237.51 tan metrik manakala pada tahun 2019, jumlah itu meningkat kepada 1,236.14 tan metrik.

Advertisement

Tambah Zamani, pihaknya juga berharap pengusaha tempatan dapat meningkatkan perniagaan mereka sehingga mampu memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa.

“Selain memenuhi permintaan pasaran tempatan, kita juga berharap pengusaha tempatan dapat mengeksport produk mereka ke luar,” ujarnya.

Syarikat Greater Asia Seafood Sdn Bhd telah beroperasi sejak 2010 dan merupakan pengeksport tunggal udang harimau dari negara ini ke Australia.

Advertisement

Produk marin lain keluaran syarikat itu turut dieksport ke beberapa negara antarabangsa lain antara China, Jepun dan negara Eropah.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top