BM | EN | 中文

Pejabat Pentadbiran Kebajikan Penduduk Taman Seri Pulai terbakar 

kebakaran-2.jpg

Pejabat Pentadbiran Kebajikan Penduduk Taman Seri Pulai, Jalan Ara 7, Skudai di sini terbakar petang semalam.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 JAN : Pejabat Pentadbiran Kebajikan Penduduk Taman Seri Pulai yang beralamat di Jalan Ara 7, Skudai di sini terbakar petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 4.29 petang.

Katanya, seramai 13 anggota dengan dua jentera dari BBP Skudai dibantu sembilan anggota dari BBP Pekan Nenas dan tiga anggota dari BBP Larkin dengan sebuah water tanker dihantar ke lokasi.

Advertisement

“Setibanya Pasukan Tindakan Operasi (PTO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah bangunan iaitu Pejabat Pentadbiran Kebajikan Penduduk jenis kekal.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan anggaran masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top