BM | EN | 中文

Pejabat Parlimen Muar sedia WiFi percuma. komputer untuk keperluan pembelajaran

Ruang-Parlimen-Muar.jpg
Advertisement

MUAR, 11 JUL: Bermula esok, (Ahad, 12 Julai), pejabat ahli parlimen Muar akan dibuka dan menyediakan kemudahan komputer dan WiFi secara percuma buat penduduk di kawasan parlimen ini bagi tujuan pembelajaran atas talian, pusat carian ilmu dan maklumat am.

Pejabat ahli parlimen Muar dalam satu kenyataan memaklumkan, bukan sahaja pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), pelajar sekolah dan orang ramai juga turut berpeluang menggunakan kemudahan itu yang dibuka dari Ahad hingga Khamis dan dari jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang.

“Moga dengan inisiatif kecil ini dapat membantu para pelajar khasnya, dan masyarakat umumnya dalam menghadapi cabaran norma baharu Covid-19,” menurut kenyataan tersebut.

Advertisement

Inisiatif yang dinamakan sebagai ‘Ruang @ Parlimen Muar’ itu diambil berikutan ada di kalangan pelajar yang berdepan kesukaran untuk belajar secara dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana tiada kemudahan internet di rumah.

Lokasi ‘Ruang @ Parlimen Muar’ bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar, G6, No. 1, Eco Avenue, Jalan Abdul Rahman, 84000, Muar, Johor.

Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, penduduk boleh menggesa wakil rakyat di kawasan masing-masing untuk membantu meringankan beban sebagai pelajar kerana tugas itu adalah tanggungjawab mereka.

Advertisement

“Pusat Khidmat Muar ada internet, laptop kami sumbang untuk yang susah, bantuan kepada keluarga. Tapi, ramai lagi pelajar di seluruh negara yang susah.

“Saya harap pertimbangan besar dari IPT dan Kementerian untuk bantu. Sekurang-kurangnya, jika ada yang sukar untuk pulang semula ke IPT, berikan tempoh sehingga hujung tahun ini untuk mereka kembali,” katanya.

Syed Saddiq menyampaikan sumbangan laptop kepada pelajar dari keluarga yang memerlukan

Beliau sebelum ini mendesak kerajaan mempertimbangkan nasib pelajar yang berada dalam kesusahan termasuk mereka yang tinggal di luar bandar berikutan pengumuman pembukaan semula institusi pengajian tinggi (IPT) pada Oktober.

Advertisement

Katanya, beban kewangan adalah realiti, bukannya sekadar ‘cakap-cakap’ dan ramai dari kumpulan pelajar yang kurang bernasib baik berlatarbelakang keluarga susah.

Terdahulu, Syed Saddiq turut menyampaikan sumbangan sebanyak lapan buah laptop kepada pelajar dari keluarga yang memerlukan dari kawasan parlimen Muar minggu lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top