KULAI, 27 JUL: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai membantu penghuni Pusat Kebajikan Kalvari Johor untuk berdaftar dan menjalani program vaksinasi secara mobil.
Ahli parlimen Kulai dalam hantarannya di laman facebook hari berkata perkara itu penting dilaksanakan segera memandangkan masih ada kumpulan dan warga dari golongan tertentu yang perlu diberi perhatian bagi vaksinasi segera.
“Kami dimaklumkan oleh Pusat Kebajikan Kalvari Johor yang terletak di Batu 19, Kulai bahawa semua penghuni di sana masih belum menerima vaksinasi semasa kami menghantar sumbangan makanan kepada mereka baru-baru ini.

Pasukan Vaksinasi Mobil PKD Kulai kerana telah memberi perkhidmatan vaksinasi kepada penghuni rumah Persatuan Kalvari Johor
“Pasukan saya telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan senarai nama penghuni dan menyerahkan kepada Pejabat Kesihatan daerah Kulai.
“Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pasukan Vaksinasi Mobil PKD Kulai kerana telah memberi perkhidmatan vaksinasi kepada penghuni tersebut pada petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, pihaknya melalui program Dapur Harapan Parlimen Kulai mengadakan program edaran barangan keperluan harian di Kg Jaya Sepakat, Rumah Pangsa Kulai dan Flat Cengal Taman Putri disini.
Hadir sama Adun Senai, Alan Tee Boon dan sebanyak 220 pek makanan telah diedarkan kepada keluarga yang memerlukan.
“Selain daripada memberikan bakul makanan, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai telah mengambil inisiatif untuk membeli makanan daripada peniaga kecil dan mengedarkan kepada mereka yang memerlukan.
“Inisiatif ini bukan sahaja memanfaatkan golongan berpendapatan rendah tetapi juga memberi sokongan kepada peniaga kecil yang terjejas akibat pandemik.
“Demi rakyat , demi Kulai, pejabat parlimen akan teruskan pelbagai usaha dalam membantu warga Kulai,” katanya lagi.
Johorkini